Friday, July 2, 2010

Pengetian di Bulan Rejab

Pengertian Bulan Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa penting pada bulan Rejab

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Sunday, June 27, 2010

Mengharapkan bekalan elektrik dan air bersih

(dipetik daripada atrikel Berita Harian-ruangan Sabah/Sarawak)
Sabah & Sarawak: Mana api?
Oleh Mohd Roji Kawi

2010/06/21
Penduduk Balai Ringin tagih janji bekalan elektrik sejak 20 tahun lalu

KUCHING: "Tolong kami, bantu kami... kami sudah puas mendengar janji. Dua puluh tahun dulu kami sudah dengar janji api (bekalan elektrik) sudah mahu masuk rumah kami, kemudian tahun lalu pun janji sama kami dengar lagi".

Itu luahan penduduk di beberapa kampung di Balai Ringin yang mengharapkan bekalan elektrik segera disalurkan ke rumah mereka.
Penduduk menaruh harapan agar mereka juga menikmati kemudahan moden seperti orang lain, tambahan pula mereka bukannya tinggal di pedalaman, sebaliknya rumah mereka terletak di tepi jalan utama dari Kuching ke Sri Aman.
Bukan satu kampung, tetapi semua kampung masyarakat Iban selepas pekan Balai Ringin hingga ke pekan Lachau dikatakan tidak menerima bekalan elektrik.

Tinjauan di 10 kampung di Balai Ringin iaitu Kampung Ensebang Padang Bilon, Ensebang Kuari, Kampung Sungai Burak, Kampung Ensebang, Kampung Tapang Lebat, Kampung Ensebang Plaie, Kampung Abit, Kampung Telagus, Kampung Jirok dan Kampung Sungai Pinang, mendapati penduduk hanya bergantung kepada jana kuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik.

"Adakah kami tidak layak menikmati kemudahan bekalan elektrik, seperti yang dinikmati babi yang diternak tauke besar dekat seberang kampung kami.

"Kami minta tolong dengan semua pihak, berilah kemudahan elektrik dengan kami)," kata Tiup anak Atu, 65, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Ensebang. Tiup terkilan kerana beliau belum pernah menikmati bekalan elektrik walaupun rumahnya kian usang dan beliau sendiri semakin uzur.

"Tengoklah kabel elektrik di tepi jalan di depan rumah kami, tetapi mengapa mereka tidak menyambungnya ke kampung kami. Kami bukannya tinggal di dalam hutan)," katanya.

Lala anak Mongko, 55, penduduk Kampung Abit, pula berkata mereka terpaksa membelanjakan RM200 hingga RM300 sebulan semata-mata untuk mendapatkan bahan api bagi menghidupkan jana kuasa.

Jumlah itu terlalu tinggi berbanding bil elektrik yang diterima penduduk yang

Saturday, June 26, 2010

Kampung Esnebang Jaya Rindukan bekalan elektrikan dan Air

Kemudahan asas merupakan keperluan dan impian yang menjadi teras kepada nilai pembangunan. Bekalan elektrik dan air sangat diperlukan dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam dunia tanpa sepadan ini. Namun sayangnya nikmat dan erti kemerdekaan ini tidak dapat dikecapi secara menyeluruh oleh semua rakyat Malaysia. Kami penduduk kampung Ensebang Jaya yang hanya 92 km dari Bandaraya Kuching dan 32 km dari Bandar Serian serta 2km dari pekan Balai Ringin, amat merindui bekalan air dan elektrik yang sekian lama kami idamkan. Pekan Balai Ringin yang yang jaraknya hanya 2km mempunyai semua kemudahan asas. Kampung kami terletak di bahu jalan utama bagi menghubungi bandar-bandaar utama. Walaupun kampung ini baru wujud dalam tempoh 13 tahun tetapi keadaan sama juga berlaku terhadap perkampungan lain yang telah lama wujud berjajaran menghala ke Sri Aman. Kami percaya pihak bertangunggjawab dapat mengatasi masalah ini kerana kami juga ingin menikmati erti dan pembangunan kemerdekaan. Semoga kami bukan selamanya sebagai penonton terhadap pembangunan tetapi jua ingin menikmati bersama.

Thursday, June 10, 2010

Dakwah Bil Hal Di Kampung Merindon dan Kampung Ensebang Jaya

Dakwah Bil Hal Di Kampung Merindon dan Kampung Ensebang Jaya

Jakim Cawangan Sarawak berjaya mengadakan program Dakwah

Bil Hal di Kampung Merindon, Lubok Antu (kira-kira 250 km dari

Bandaraya Kuching) dan Kampung Ensebang Jaya, Serian

(kira-kira 100 km dari Bandaraya Kuching) pada 15 Mei 2010

yang lepas. Program ini diadakan bersempena dengan lawatan

Jabatan Agama Islam Selangor bersama rombongan NGO Islam

yang terdiri daripada Jamaah Islah Malaysia,

Angkatan Belia Islam Malaysia, Lembaga Zakat Selangor

dan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor

ke Bumi Kenyalang.

Antara objektif program tersebut adalah bagi mendedahkan

peserta rombongan dengan perkembangan dakwah di sekitar

pedalaman Sarawak. Para peserta rombongan juga dapat

melihat secara lebih dekat budaya dan nilai norma kehidupan

masyarakat Sarawak yang terdiri dari masyarakat yang

berlainan latar belakang. Di samping itu penyerahan sumbangan

ikhlas dari pihak Lembaga Zakat Selangor dan beberapa agensi l

ain kepada ‘Saudara Kita’ turut disampaikan dalam program tersebut.

Peserta berkumpul di Perkarangan PLS sebelum berangkat ke destinasi.

Para Peserta Tiba di Kampung Merindon.

Ucapan Ketua Kaum Kampung Merindon.

Ucapan Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak.

Penyampaian sumbangan kepada Ketua Kaum Kampung Merindon.

Ucapan Ketua Kaum Kampung Ensebang Jaya.

Ucapan Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak.

Ucapan Wakil Rombongan.

Penyampaian Sumbangan.


Tarikh : 20 Mei 2010

Rakaman tahun 1965- Balai Ringin International Airport Bersebelahan Dengan Perkampungan Ensebang Jaya 1997


Inilah padang belon atau Balai Ringin International Airport merupakan tinggalan sejarah yang kini menjadi kawasan bersebelahan dengan kampung Ensebang Jaya...



Ketenagan air sungai mengamit memori, pastinya tidak sama dengan suasana pada tahun 2010.




Pasar asal Balai Ringin sekitar tahun 1965. Penulis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada my life kerana gambar-gambar ini ambil dari blog beliau untuk tatapan bersama.

Berita bergambar - Majlis Korban Aidil Adha di Kampung Ensebang Jaya

Berita bergambar - Majlis Korban Aidil Adha di Kampung Ensebang Jaya

Pada Hari raya Korban yang lalu, Pengerusi HIKMAH Sarawak berbesar hati turun padang untuk melapah dan mengagih sendiri daging korban tersebut kepada penduduk Islam dari kalangan Saudara Kita bertempat di Kampung Ensebang Jaya, serian. Yang Berbahagia Tuan Haji Abang Mohd Shibli Hj Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar TBS selaku Bendahari Kehormat HIKMAH Sarawak, turut hadir bersama dalam majlis penyerahan tersebut. HIKMAH adalah merupakan salah satu Institusi Islam di Sarawak yang turut mengendalikan aktiviti aktiviti dakwah di sekitar Sarawak melalui Daie-daie yang dilantik.

Wednesday, June 9, 2010

Yayasan Amal Malaysia -Terima kasih

Majlis Penghayatan Ramadhan Dan Iftar Di Serian

Header Web AMAL Sarawak.jpg

Majlis Penghayatan Ramadhan Dan Iftar Di Serian

AMAL Sarawak, 19 Ramadhan 1430H, Laporan Dari Laman Web JAKIM: Alhamdulillah! Pusat Latihan Sarawak (PLS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Majlis Penghayatan Ramadhan dan Iftar di Surau Nur Hidayah, Kampung Ensebang Jaya, Serian, Sarawak pada 4 September 2009 (Jumaat) yang lepas.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kaum Kampung Ensebang Jaya dan diikuti dengan Tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusoff, pensyarah Pusat Latihan Sarawak. Program selepas itu diteruskan dengan Majlis Iftar sebelum para jemputan dan masyarakat Kampung Ensebang Jaya menunaikan sembahyang Maghrib secara berjemaah.

Setelah selesai sembahyang Isya’ dan sembahyang Sunat Tarawih, majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung daripada Pusat Latihan Sarawak dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.

Berikut dikongsikan sebahagian daripada gambar program:

Ucapan Ketua Kaum Kampung Ensebang Jaya

Ucapan Ketua Kaum Kampung Ensebang Jaya

Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusof

Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusof

Sebahagian Penduduk Kampung Yang Hadir

Sebahagian Penduduk Kampung Yang Hadir

Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Kanak-kanak

Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Kanak-kanak

Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Muslimat

Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Muslimat

Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Muslimin

Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Muslimin

Penyampaian Sumbangan Daripada Yayasan AMAL Malaysia.JPG

Penyampaian Sumbangan Daripada Yayasan AMAL Malaysia

Penyampaian Sumbangan Daripada Pusat Latihan Sarawak

Penyampaian Sumbangan Daripada Pusat Latihan Sarawak