Saturday, June 26, 2010

Kampung Esnebang Jaya Rindukan bekalan elektrikan dan Air

Kemudahan asas merupakan keperluan dan impian yang menjadi teras kepada nilai pembangunan. Bekalan elektrik dan air sangat diperlukan dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam dunia tanpa sepadan ini. Namun sayangnya nikmat dan erti kemerdekaan ini tidak dapat dikecapi secara menyeluruh oleh semua rakyat Malaysia. Kami penduduk kampung Ensebang Jaya yang hanya 92 km dari Bandaraya Kuching dan 32 km dari Bandar Serian serta 2km dari pekan Balai Ringin, amat merindui bekalan air dan elektrik yang sekian lama kami idamkan. Pekan Balai Ringin yang yang jaraknya hanya 2km mempunyai semua kemudahan asas. Kampung kami terletak di bahu jalan utama bagi menghubungi bandar-bandaar utama. Walaupun kampung ini baru wujud dalam tempoh 13 tahun tetapi keadaan sama juga berlaku terhadap perkampungan lain yang telah lama wujud berjajaran menghala ke Sri Aman. Kami percaya pihak bertangunggjawab dapat mengatasi masalah ini kerana kami juga ingin menikmati erti dan pembangunan kemerdekaan. Semoga kami bukan selamanya sebagai penonton terhadap pembangunan tetapi jua ingin menikmati bersama.

No comments:

Post a Comment