Majlis Penghayatan Ramadhan Dan Iftar Di Serian
AMAL Sarawak, 19 Ramadhan 1430H, Laporan Dari Laman Web JAKIM: Alhamdulillah! Pusat Latihan Sarawak (PLS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Majlis Penghayatan Ramadhan dan Iftar di Surau Nur Hidayah, Kampung Ensebang Jaya, Serian, Sarawak pada 4 September 2009 (Jumaat) yang lepas.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kaum Kampung Ensebang Jaya dan diikuti dengan Tazkirah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusoff, pensyarah Pusat Latihan Sarawak. Program selepas itu diteruskan dengan Majlis Iftar sebelum para jemputan dan masyarakat Kampung Ensebang Jaya menunaikan sembahyang Maghrib secara berjemaah.
Setelah selesai sembahyang Isya’ dan sembahyang Sunat Tarawih, majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada penduduk kampung daripada Pusat Latihan Sarawak dan Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak.
Berikut dikongsikan sebahagian daripada gambar program:
Ucapan Ketua Kaum Kampung Ensebang Jaya
Tazkirah Oleh Ustaz Mohd Izwan Md Yusof
Sebahagian Penduduk Kampung Yang Hadir
Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Kanak-kanak
Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Muslimat
Majlis Iftar - Sebahagian Jamaah Muslimin
Penyampaian Sumbangan Daripada Yayasan AMAL Malaysia
Penyampaian Sumbangan Daripada Pusat Latihan Sarawak
No comments:
Post a Comment